Thursday, June 5, 2014

Sekilas Pandang

Athirah:-
 
Salam,
 
Jadi kami semua 13 orang guru telah di hantar ke daerah Song, Sarawak.
Tak pernah dengar? Samalah dengan kami. :-)
 
Masa kami terutamanya saya memang terkedu jugaklah bila dapat tahu akan ditempatkan di Sarawak tambahan kami ni perempuan. Kawasan tersebut pula adalah pedalaman 3 (P3), pengangkutan utama adalah sampan panjang.

Credit to Google Image

Bagaimana kesana?

Kalau anda dari KLIA 1 atau KLIA 2

ambil tiket ke SIBU

Dari Sibu anda boleh ambil perkhidmatan teksi yang mengambil masa selama 20-30 minit untuk ke Jeti atau Warf.

Di jeti, perkhidmatan bot ekspress (aircond) disediakan dengan tiket berharga RM25 untuk ke SONG.

Perjalanan mengambil masa 2 jam dan dalam perjalanan line telefon mungkin terganggu.

Di jeti, jika anda membawa barang yang banyak, akan ada orang yang menawarkan perkhidmatan mengangkat barang. Saya tidak menggalakkan sangat, tetapi jika terpaksa upah yang berpatutan tidak lebih dr rm5.

Sampai di Song, anda akan di jemput oleh wakil dari sekolah masing-masing.

Contoh kalau anda akan ke SK. Nanga Engkuah, kami ada pemandu sampan sendiri jadi kami akan aturkan bila nak masuk ke sekolah dan bila nak keluar.


Credit to Google Image

How To Get There?

From KLIA 1 or KLIA 2

Get a flight ticket to SIBU, SARAWAK

You will fly for approximately 1h 40m.

Arriving at Sibu, take a taxi for 20 to 30 minutes to Jetty or Warf

At the jetty, there will be an express boat and you can buy the ticket for rm25 at the ticket counter.

Ask for a ticket to PEKAN SONG.

On the boat, the phone connection maybe bad or none at all. Don't worry, at SONG the phone line is fine.

We advice you not to travel alone for your safety but not that it's a dangerous place, just as a precaution.


Happy Travelling!

Pendahuluan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ini didedikasikan kepada semua guru-guru yang pernah atau akan menjejakkan kaki di kawasan sekitar SONG, SARAWAK.

Blog ini berdasarkan pengalaman penempatan pertama guru di SK. Nanga Engkuah, Song yang di gredkan sebagai sekolah pedalam 3 (P3).

Penulisan blog selepas ini akan bersifat santai dan diharap akan banyak membantu pembaca mendapat gambara awal tentang sekolah dan kawasan tersebut.

Kami menghadapi masalah kerana terlalu kurang maklumat tentang tempat ini, maka terciptalah blog ini untuk kemudahan pembaca.

Kami alu-alukan sebarang pertanyaan dan diharap anda bersabar dengan respon.

Jika perlukan respon segera anda boleh hubungi kami di athirah901@gmail.com

Semoga blog ini berguna dan banyak membantu.


Greeting,

This blog is dedicated for all teacher and readers who will come to Song, Sarawak.

This blog is based on our experienced as the teacher’s first sattlement at Sk. Nanga Engkuah, Song, Sarawak which have been rated as remote area 3 (P3).

The writing in this blog will be more relaxing after this post and we hope it will help readers to have their first impression of that place.

We ourselves had difficulties knowing this place and preparing anything for our first settlement as there are too little info about it.

Thus this blog is created to help readers understand about this place.

Feel free to ask any question and be patient for the respond.

For immediate respond you can contact us at athirah901@gmail.com